/
BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan Nabi MUHAMMAD s.a.w. pesuruh ALLAH

About Me

My photo
Anak kelahiran Bumi Kenyalang..Berketurunan Melayu Sarawak..Masih menuntut di UPSI..Insyaallah akan menjadi bakal Pendidik nusa dan bangsa...

Tuesday, September 21, 2010

ERA PERINTIS: KELAHIRAN SENI LUKIS MODEN MALAYSIA

PENDAHULUAN

Secara umumnya, terdapat tiga faktor penting yang telah mempengaruhi perkembangan awal seni lukis moden Malaysia, iaitu penjajahan Inggeris, penghijrahan 'bangsa dagang' dan status pendidikan. Seni lukis miden pula disifatkan sebagai karya yang berbeza daripada mana-mana konvensi artistik yang tradisional. Ia lebih menekankan ciri-ciri individualistik daripada manifestasi nilai sesuatu budaya yang menyeluruh dalam sesebuah masyarakat. 

Kelahiran seni lukis moden Malaysia berkaitan dengan proses pemodenan negara.  Malahan, pemodenan merupakan salah satu isu terpenting dalam membicarakan perkembangan kebudayaan Malaysia, termasuklah seni visual, seni kartun dan sastera. Pemodenan sering kali juga dilihat sebagai satu proses pembaratan, sama ada dari segi bentuk ataupun makna sesuatu objek budaya ataupun tingkah laku manusia. bahagian ini berhasrat memberi sesuatu gambaran umum tentang faktor-faktor awal yang telah mempengaruhi perkembangan stail seni lukis moden Malaysia serta menghubungkannya dengan fenomena pemodenan atau pembaratan. 
LATAR BELAKANG SEJARAH

Penglibatan Inggeris di Tanah Melayu bermula di Pulau Pinang pada tahun 1786. Dalam tahun 1826, Inggeris kemudiannya membentuk Negeri-negeri Selat yang terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. pada tahun 1874, pihak Inggeris menandatagani Perjanjian Pangkor dengan Sultan Perak yang menjelaskan

Sunday, September 19, 2010

PENGERTIAN SENI VISUAL

 PENGENALAN SENI

Seni adalah suatu ciptaan atau ekspresi terhadap sesuatu yang dianggap indah. Ia memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan tertentu. Seni mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi dan mempunyai hubungan dengan seni visual, seni muzik, seni tari, seni mempertahankan diri, seni bina dan pelbagai ciptaan yang lain. Manusia melahirkan sesebuah hasil seni melalui perasaan, pengalaman dan ransangan dan dilahirkan  melalui hasil seni. Seni terjelma daripada penjanaan fikiran yang kreatif. Contohnya, bagi mengukir mereka melahirkan perasaan atau pengalaman pada hasil  ukiran, manakala penyair pula merakamkan perasaan atau sesuatu mesej itu pada penyampaian dalam bait-bait sajak. Pada pelukis pula, mereka melahirkan mesej atau pengalaman melalui catan atau palitan warna pada permukaan kanvas.

MAKSUD SENI

Mengikut Kamus pelajar bahasa Malaysia, terbitan Dewan bahasa dan Pustaka (1988), "seni bermaksud kecil sekali, halus, molek atau elok, kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yang indah-indah". Manakala berdasarkan Ensiklopedia Malaysiana (1996:453), "Seni ialah sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan atau pendengaran". Oxford Student' Dictionary Of Current English For KBSM, Fajar Bakti (1989:33) menyatakan "Art: the creation or expression of what is beautiful, especially in visual form: great skill or ability in such expression". Mengikut Ibn. Khaldun "Seni itu adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika dan logika". Seni juga membawa maksud kebolehan mencipta, melukis, mengukir, mengubah dan sebagainya. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai hasil buatan manusia yang diatur dengan mahir dan boleh digunakan untuk menyuarakan pengalaman manusia. 

Keindahan
Sesebuah hasil seni yang dinilai sebagai indah mestilah mempunyai makna dan dihasilkan mengikut proses penghasilan secara formal. Ia melibatkan hal benda (Subject matter), komposisi (melibatkan aplikasi unsur seni reka dan prinsip rekaan, penggunaan media dan teknik) serta mempunyai kandungan (tema, makna dan fungsi). Setiap individu mempunyai kebolehan mengenal dan mencipta keindahan yang berbeza-beza antara satu dengan yang lain, bergantung kepada pengalaman dan pendidikan yang diperolehi. Keindahan itu mestilah dinikmati oleh kesempurnaan pancaindera atau deria. Kesempurnaan pancaindera akan membantu seseorang seniman mengesan, menikmati serta menghayati keindahan yang dimaksudkan. Untuk menilai keindahan memerlukan pemerhatian dan objek. Seseorang yang ingin melatih melihat keindahan harus melatih dirinya untuk menguasai keupayaan derianya untuk merasai dan menjiwai manakala keupayaan inteleknya untuk mengerti.


SENI VISUAL

Visual bermaksud sesuatu yang nampak atau tampak. Kita sebagai manusia menggunakan deria mata untuk melihat atau nampak akan sesuatu. Visual merujuk kepada sesuatu boleh dinilai dan dilihat oleh mata manusia. Wujud atau terbit daripada idea atau pengalaman atau ransangan idividu untuk melahirkan daya cipta yang indah serta dapat dinilai serta dilihat menggunakan deria penglihatan manusia. Seni visual dapat dinilai keindahannya berdasarkan pengalaman estetik. Setiap hasil kerja seni dalam penghasilan seni visual memerlukan kombinasi unsur seni dan prinsip rekaan. Unsur seni reka ialah garisan, warna, rupa, jalinan, bentuk dan ruang. Prinsip seni reka ialah harmoni, penegasan, kontra, imbangan, kepelbagaian, irama dan pergerakan serta kesatuan. 
Rujukan daripada Marhanim A. Razak & Mohd. Shahrizal Dolah. (2007). Teks STPM Seni Visual. Selangor: Oxford Fajar



Wednesday, August 11, 2010

Kesilapan Di Bulan Ramadhan

Salam semua..Alhamdulillah..Syukur ke Hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang sangat indah dan sungguh bermakna bagi semua umat Islam di dunia ini. Oleh itu saya nak kongsi beberapa perkara yang berkaitan dengan bersempena dengan bulan puasa ini..sama-sama lah kita meningkatkan lagi amalan di bulan puasa ini k..InsyaAllah.. :)

Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam)
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani dengan sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajipan mengantikannya kemudian. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadis, ertinya: " Sesungguhnya siapa yang telah makan(batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. 'Sahur' itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari,4/138)


Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain. 
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya: 'dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar' (Az-Zariyyat:8)

Menunaikan Solat witir sejurus selepas terawih
Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya 'Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam'. (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melalkukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.


Tidak menunaikan solat ketika berpuasa 
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah sah puasa. tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman seseorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.


Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana terawih
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatkala berpuasa. ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, terutamanya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah. maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah
Malanglah mereka kerana setiap amalan dikira dengan niat, jika niat utama seseorang itu (sama ada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, 'Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat'. (Riwayat al-Bukhari)

Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa
Sedangkan kerja yang kita lakukan di pejabat denga niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir; Faidhul Qadir, Al-Munawi,6:291)

Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur
Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' dicadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu janganlah ada yang menberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakati ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah. hlm 278)

Wanita berterawih beramai-ramai di Masjid tanpa menjaga aurat
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah dan didedahkan berjalan dan naik tangga masjid dihadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut:- 
Ertinya: 'Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka. pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang dizalimi' (Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi, Ahmad Syakir: Sohih) Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith. Ertinya:' Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak' (Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi:sanadnya sohih)