/
BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan Nabi MUHAMMAD s.a.w. pesuruh ALLAH

About Me

My photo
Anak kelahiran Bumi Kenyalang..Berketurunan Melayu Sarawak..Masih menuntut di UPSI..Insyaallah akan menjadi bakal Pendidik nusa dan bangsa...

Tuesday, September 21, 2010

ERA PERINTIS: KELAHIRAN SENI LUKIS MODEN MALAYSIA

PENDAHULUAN

Secara umumnya, terdapat tiga faktor penting yang telah mempengaruhi perkembangan awal seni lukis moden Malaysia, iaitu penjajahan Inggeris, penghijrahan 'bangsa dagang' dan status pendidikan. Seni lukis miden pula disifatkan sebagai karya yang berbeza daripada mana-mana konvensi artistik yang tradisional. Ia lebih menekankan ciri-ciri individualistik daripada manifestasi nilai sesuatu budaya yang menyeluruh dalam sesebuah masyarakat. 

Kelahiran seni lukis moden Malaysia berkaitan dengan proses pemodenan negara.  Malahan, pemodenan merupakan salah satu isu terpenting dalam membicarakan perkembangan kebudayaan Malaysia, termasuklah seni visual, seni kartun dan sastera. Pemodenan sering kali juga dilihat sebagai satu proses pembaratan, sama ada dari segi bentuk ataupun makna sesuatu objek budaya ataupun tingkah laku manusia. bahagian ini berhasrat memberi sesuatu gambaran umum tentang faktor-faktor awal yang telah mempengaruhi perkembangan stail seni lukis moden Malaysia serta menghubungkannya dengan fenomena pemodenan atau pembaratan. 
LATAR BELAKANG SEJARAH

Penglibatan Inggeris di Tanah Melayu bermula di Pulau Pinang pada tahun 1786. Dalam tahun 1826, Inggeris kemudiannya membentuk Negeri-negeri Selat yang terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. pada tahun 1874, pihak Inggeris menandatagani Perjanjian Pangkor dengan Sultan Perak yang menjelaskan

Sunday, September 19, 2010

PENGERTIAN SENI VISUAL

 PENGENALAN SENI

Seni adalah suatu ciptaan atau ekspresi terhadap sesuatu yang dianggap indah. Ia memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan tertentu. Seni mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi dan mempunyai hubungan dengan seni visual, seni muzik, seni tari, seni mempertahankan diri, seni bina dan pelbagai ciptaan yang lain. Manusia melahirkan sesebuah hasil seni melalui perasaan, pengalaman dan ransangan dan dilahirkan  melalui hasil seni. Seni terjelma daripada penjanaan fikiran yang kreatif. Contohnya, bagi mengukir mereka melahirkan perasaan atau pengalaman pada hasil  ukiran, manakala penyair pula merakamkan perasaan atau sesuatu mesej itu pada penyampaian dalam bait-bait sajak. Pada pelukis pula, mereka melahirkan mesej atau pengalaman melalui catan atau palitan warna pada permukaan kanvas.

MAKSUD SENI

Mengikut Kamus pelajar bahasa Malaysia, terbitan Dewan bahasa dan Pustaka (1988), "seni bermaksud kecil sekali, halus, molek atau elok, kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yang indah-indah". Manakala berdasarkan Ensiklopedia Malaysiana (1996:453), "Seni ialah sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan atau pendengaran". Oxford Student' Dictionary Of Current English For KBSM, Fajar Bakti (1989:33) menyatakan "Art: the creation or expression of what is beautiful, especially in visual form: great skill or ability in such expression". Mengikut Ibn. Khaldun "Seni itu adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika dan logika". Seni juga membawa maksud kebolehan mencipta, melukis, mengukir, mengubah dan sebagainya. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai hasil buatan manusia yang diatur dengan mahir dan boleh digunakan untuk menyuarakan pengalaman manusia. 

Keindahan
Sesebuah hasil seni yang dinilai sebagai indah mestilah mempunyai makna dan dihasilkan mengikut proses penghasilan secara formal. Ia melibatkan hal benda (Subject matter), komposisi (melibatkan aplikasi unsur seni reka dan prinsip rekaan, penggunaan media dan teknik) serta mempunyai kandungan (tema, makna dan fungsi). Setiap individu mempunyai kebolehan mengenal dan mencipta keindahan yang berbeza-beza antara satu dengan yang lain, bergantung kepada pengalaman dan pendidikan yang diperolehi. Keindahan itu mestilah dinikmati oleh kesempurnaan pancaindera atau deria. Kesempurnaan pancaindera akan membantu seseorang seniman mengesan, menikmati serta menghayati keindahan yang dimaksudkan. Untuk menilai keindahan memerlukan pemerhatian dan objek. Seseorang yang ingin melatih melihat keindahan harus melatih dirinya untuk menguasai keupayaan derianya untuk merasai dan menjiwai manakala keupayaan inteleknya untuk mengerti.


SENI VISUAL

Visual bermaksud sesuatu yang nampak atau tampak. Kita sebagai manusia menggunakan deria mata untuk melihat atau nampak akan sesuatu. Visual merujuk kepada sesuatu boleh dinilai dan dilihat oleh mata manusia. Wujud atau terbit daripada idea atau pengalaman atau ransangan idividu untuk melahirkan daya cipta yang indah serta dapat dinilai serta dilihat menggunakan deria penglihatan manusia. Seni visual dapat dinilai keindahannya berdasarkan pengalaman estetik. Setiap hasil kerja seni dalam penghasilan seni visual memerlukan kombinasi unsur seni dan prinsip rekaan. Unsur seni reka ialah garisan, warna, rupa, jalinan, bentuk dan ruang. Prinsip seni reka ialah harmoni, penegasan, kontra, imbangan, kepelbagaian, irama dan pergerakan serta kesatuan. 
Rujukan daripada Marhanim A. Razak & Mohd. Shahrizal Dolah. (2007). Teks STPM Seni Visual. Selangor: Oxford Fajar